10 Jun 2009

Produk Langsing




Di Malaysia sekarang ni bermacam-macam jenis produk pelangsingan yang dipasarkan. Sehinggakan ramai dari kita terperangkap terutama sekali kaum wanita yang terdesak untuk mencantikkan semula penampilan. Tak dinafikan ada lelaki yang terperangkap juga, tapi peratusannya sangat rendah.Konsep pelangsingan yang syarikat-syarikat pengeluar produk ini kenalkan pula pelbagai mengikut jenis produk yang mereka hasilkan.

Antaranya:

Pil: Mendakwa boleh mengurangkan selera makan
Fiber: Mendakwa boleh menguruskan badan dengan cepat
Teh Herba: Mendakwa boleh membakar lemak tanpa senaman
Krim sapuan: Mendakwa boleh membakar lemak dari luar
Baju dalam (korset): Mendakwa boleh membakar lemak
Kopi pelangsing: Juga mendakwa boleh membakar lemak
Cecair titisan: Mendakwa boleh memerangkap lemak dalam perut


Sogokan dan maklumat kurang tepat dari syarikat pengeluar yang hanya mementingkan keuntungan menyebabkan penguna tertipu malah ada yang menyebabkan KEMATIAN!
Pengawalan kualiti produk pula hanya melepaskan batuk ditangga. Pernahkan anda mendengar berita yang mengatakan bahawa produk pelangsingan yang berada dipasaran selama 2 tahun lebih menyebabkan kegagalan buah pinggang dan produk tersebut terpaksa ditarik balik dari pasaran?

Lebih mengejutkan lagi, produk tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan mendapat lessen untuk diniagakan di Negara kita. Tidaklah pula kita nak salahkan pihak berkuasa kerana mereka telah jalankan tugas mereka semasa peringkat awal permohonan syarikat-syarikat tersebut untuk masukkan barangan mereka ke pasaran.

Cuma syarikat-syarikat ini sahaja yang melanggar peraturan demi untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa menghiraukan nasib kita sebagai penguna. Biasanya yang melakukan perkara begini hanyalah syarikat-syarikat yang baru tumbuh entah dari mana, tanpa kajian mendalam, tanpa usul periksa, tanpa sebarang pengalaman dalam penghasilan produk, mereka sewenang-wenangnya memasarkan produk yang masih belum terbukti akan keselamatannya.
Bagaimana untuk kita mengelak daripada terperangkap dengan tipu helah syarikat-syarikat ini?
Caranya sebenarnya amat mudah. Berikut adalah beberapa criteria yang MESTI dipenuhi oleh syarikat-syarikat tersebut:

(1) Syarikat telah mula memasarkan produk mereka lebih dari 5 TAHUN

(2) Jualan syarikat hendaklah melebihi RM5juta setahun

(3) Produk mereka mendapat sijil Halal daripada badan Islam yang terkenal

(4) Produk mereka mendapat sijil pengesahan* dari Kementerian Kesihatan. Biasanya produk

yang didaftarkan akan dikategorikan seperti berikut;

MAL12345678T atau PBKD123456T untuk produk ubat tradisional. MAL atau PBKD diikuti oleh 8 atau 6 digit kemudian diakhiri oleh huruf T, X atau A.

T = ubat tradisional
X = ubat yang tidak mengandungi racun berjadual
A = ubat yang mengandungi racun berjadual
· Produk Kategori MAKANAN tidak perlukan pendaftaran seperti di atas.
(5) Bagi produk luar Negara, bolehlah periksa pendaftaran mereka di Negara asalnya. Biasanya FDA. Tetapi jika ingin diniagakan di Malaysia, ia mesti didaftarkan melalui Kementerian Kesihatan dahulu.

Jika kita berhati-hati, kemungkinan untuk kita terjebak sama akan berkurangan. Untuk menurunkan berat badan, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan keazaman dan disiplin yang tinggi. Namun begitu, produk-produk pelangsingan yang baik akan membantu kita mengatasi beberapa halangan yang biasanya sukar untuk kita hadapi seperti kekurangan tenaga, selera makan yang susah dikawal dan sebagainya.

Satu lagi perkara yang harus dititik beratkan semasa kita cuba menurunkan berat badan ialah skala MASA. Kita tidak boleh menurunkan berat badan dengan cara yang terlalu drastik, semakin cepat penurunan, maka semakin cepat jugalah ia akan naik semula. Ambil masa dan lakukanlah dengan betul.Tepuk dada tanyalah selera sendiri, produk pelbagai diluar sana, berhati-hatilah dan selidik dahulu latar belakang syarikat, jangan mudah termakan pujuk rayu iklan yang biasanya lebih dari apa yang sepatutnya. Semoga Negara kita menjadi Negara yang sihat dan sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.