16 Jun 2009

Buku Slim dan Diet Produk





Sebelum kita membeli sebarang buku yang berkaitan dengan pelangsingan (slimming) dan diet, kita perlulah mengkaji beberapa perkara kerana adalah amat tinggi kegagalannya dengan berguru dengan buku.
Dalam ajaran agama Islam pun, berguru dengan buku boleh menyesatkan!Perkara pertama yang perlu kita pertimbangankan ialah;

(1) Buku dari luar negara: Biasanya kajian dan saranan yang diberikan mengikut budaya dan kesesuaian terhadap penduduk dari negara itu sahaja. Contohnya tahap pembakaran kalori bagi Mat Saleh yang beratnya 120kg dengan orang Malaysia yang purata berat hanya 65kg adalah berbeza. Ini akan mengelirukan penguna di Malaysia.
Manakala saranan untuk mengatur pemakanan pula adalah amat berbeza. Kita di Malaysia biasa dengan Kangkung, Sawi, Kobis dan mereka disana pula berbeza. Banyak saranan resepi yang mereka berikan tidak sesuai langsung dengan budaya kita.

(2) Buku yang ditulis hanya dengan fakta: Banyak buku-buku di luar sana yang ditulis oleh free lancer dimana penerbit mengumpulkan beberapa buku tentang slim dan diet kemudian diberikan kepada penulis-penulis bebas untuk mereka hasilkan buku yang lebih “lengkap” dan dijual dengan harga yang lebih murah kerana kos mereka yang sangat rendah.
Kuasa internet dan kemudahan komputer juga telah banyak menghasilkan buku-buku digital (e-book) ini sehinggakan ia berlambak-lambak di pasaran.
Ini memudaratkan ramai penguna kerana fakta-fakta yang mereka berikan kadang-kadang tidak tepat.

(3) Berguru dengan buku membawa kesesatan: Banyak ayat yang ditulis disalah tafsirkan. Banyak buku dari negara lain dialih bahasa ke bahasa Melayu tanpa mengira akan kandungan maksud sejati. Mereka kadang-kadang menulis hanya mengikut tafsiran terus dan ini menyebabkan kita sebagai pembaca kadang-kadang lebih suka baca buku dalam bahasa asal berbanding yang telah dialih bahasa ke bahasa ibunda kita.
Penghasilan buku-buku ini hanya berteraskan keuntungan tanpa memikirkan keuntungan pihak yang membelinya!

Mengikut pengamatan saya, berdiet dengan panduan buku adalah amat rendah tahap kejayaannya. Untuk menurunkan berat badan, kita harus tahu akan konsep asa pembuangan lemak dari badan dan motivasi kita haruslah kental.
Kadar kegagalan individu untuk turunkan berat badan adalah amat tinggi. Ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh kita memilih jalan yang tidak betul.
Usah bazirkan wang anda membeli buku-buku slim dan diet ini kerana kita sudah boleh menilai program pelangsingan yang bagaimana yang berkesan dan mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi.

Bukan untuk tidak mengalakkan kita menambah ilmu, ilmu itu baik, tetapi ilmu yang perlu ada untuk memastikan program slim atau diet kita berkesan adalah terlalu luas. Cukuplah tugasan untuk kajian, penghasilan, percubaan dan sebagainya dilakukan oleh yang pakar. Tugas kita mudah, kita hanya perlu buat penilaian dengan melihat latar belakang syarikat atau individu yang menjayakan program slim dan diet ini. Biarlah mereka yang membaca buku kajian mereka dan menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita gunakan atau praktikkan.

Abdul Rashid Bin Abdul Manaf
Produk Langsing
CyberSlymCenter.com Malaysia Herbalife Distributor

43300 Balakong, Selangor

mail : rashid@cyberslimcenter.com

support@cyberslimcenter.com


Telefon : 012-251- 7309

office : 03-8961-8937

Johor Bahru, Ipoh, KK Saba, Kuantan, Kota Bahru, Seremban, Kota Kinabalu ,Sibu, Penang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Perlis, Pahang, Labuan, Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.